Apakah hadis “Ali seperti diriku” diriwayatkan dengan sanad yang muktabar di dalam kitab Ahlusunnah?

Jawapan:

Salah satu dari ayat-ayat keutamaan Ahlul Bait yang tiada tolok bandingannya, di mana Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib (a.s) termasuk di dalamnya ialah ayat Mubahalah. Menurut ayat tesebut Amirul Mukminin (a.s) disebut sebagai diri (نفس) Rasulullah (s.a.w) sebagaimana firman Allah:

فَمَنْ حَاجَّكَ فيهِ مِنْ بَعْدِ ما جاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعالَوْا نَدْعُ أَبْناءَنا وَ أَبْناءَكُمْ وَ نِساءَنا وَ نِساءَكُمْ وَ أَنْفُسَنا وَ أَنْفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَلْ لَعْنَتَ اللَّهِ عَلَى الْكاذِبين‏. آل عمران/61.

[61] Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: "Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta". - Surah Al ʼImran ayat 61

Kebanyakan ahli tafsir daripada kalangan kaum muslimin percaya bahawa maksud “diri kami” dalam ayat ini adalah Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib (a.s). Terdapat banyak hadis di dalam sumber Syiah dan Ahlusunnah mengenai perkara ini, namun ini semua bukanlah apa kami yang bahaskan.

Ayat ini menunjukkan bahawa Amirul Mukinin (a.s) tidak sebarang perbezaan dengan Amirul Mukminin; Setiap keutamaan yang ada pada diri baginda pasti ada pada diri Ali. Sekiranya Nabi (s.a.w) maksum maka dirinya juga merupakan seorang yang maksum. Sekiranya Nabi (s.a.w) mempunyai ilmu ghaib, maka dirinya juga begitu…

Perkara ini tergolong sebagai fadhilat Amirul Mukminin (a.s). Di dalam kitab Manaqib al-Daylami tercatat bahawa pada suatu hari Makmun berkata kepada Imam Ridha (a.s):

“Beritahu kepadaku sebuah keutamaan Amirul Mukminin Ali (a.s) yang terdapat dalam al-Quran.”

Imam Ridha (a.s) berkata:

فضيلته في المباهلة وأنّ الرسول (صلي الله عليه و آله وسلم) باهل بعلي وفاطمة زوجته والحسن والحسين وجعله منها كنفسه وجعل لعنة الله علي الكاذبين وقد ثبت أنّه ليس أحد من خلق الله يشبه رسول الله صلي الله عليه و آله وسلم فوجب له من الفضل ما وجب له إلاّ النبوة، فأيّ فضل وشرف وفضيلة أعلى من هذا.

Keutamaan beliau di dalam peristiwa Mubahalah, sesungguhnya Rasulullah (s.a.w) bermubahalah dengan perantara Ali, Fathimah isteri Ali, al-Hasan dan al-Husain. Baginda menjadikan diri beliau seperti dirinya sendiri, dan menjadikan laknat Allah ke atas orang yang berbohong. Telah tersabitlah bahawa tidak ada seorangpun makhuk Allah yang disamakan dengan Rasulullah (s.a.w). Oleh itu wajiblah semua keutamaan yang ada pada Rasulullah terdapat juga pada Ali bin Abi Talib kecuali kenabian. Maka kelebihan, kemuliaan dan keutamaan yang manakah lebih tinggi dari ini?

Makmun pun berkata:

Mungkin Rasulullah mengisyaratkan al-Nafs dengan jiwa baginda!

Imam Ridha menjawab:

Pengisyaratan begini tidak dibenarkan, ini disebabkan Rasulullah (s.a.w) membawa mereka semua ke arah Kristian Najran untuk bermubahalah dengan perantaraan mereka ini. Seandainya baginda ingin bersabda tentang jiwanya, sudah tentu Ali (a.s) akan dikeluarkan. Sedangkan seluruh umat bersepakat bahawa Ali (a.s) termasuk bersama mereka.

Makmun berkata:

Sebaik sahaja jawapan diberikan, perbualan pun terhenti sejenak. Seorang penyair yang menceritakan hadis ini berkata:

يا من يقيس به سواه جهالة               دع عنـــك هذا قياس مضــيّعلو لم يكـن في النــصّ إلاّ أنّه              نفس النيّ كفاه هذا الموضع

Wahai orang yang membuat qiyas berdasarkan kejahilannya, lepaskan qiyas yang menyeleweng ini, sekiranya tidak ada sebarang nas tentang tentang kelebihan Ali, cukuplah diri Nabi untuk kelebihan beliau.

Sayid Murtadha juga turut menukilkan riwayat seperti ini di dalam kitab al-Fshul al-Mukhtarah, muka surat 38.(Qatreye az darya-e-fazael ahle bayt, Ayatullah Allamah Sayid Ahmad Mustanbit, jilid 2 muka surat 244, hadis 30/847)

Gelaran “diri Rasulullah” untuk Amirul Mukminin (a.s) tidak hanya berada dalam skop ini dan ayat Mubahalah, bahkan Rasulullah (s.a.w) beberapa kali memperkenalkan Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib sebagai diri baginda sebagaimana yang telah disebut di dalam berbagai hadis Ahlusunnah Wal Jamaah:

Hadis pertama: Zaid bin Yuthayʻ daripada Abu Zar

أَخْبَرَنَا الْعَبَّاسُ بْنُ مُحَمَّدٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا الأَحْوَصُ بْنُ جَوَابٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا يُونُسُ بْنُ أَبِي إِسْحَاقَ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ، عَنْ زَيْدِ بْنِ يُثَيْعٍ، عَنْ أَبِي ذَرٍّ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ (ص):«لَيَنْتَهِيَنَّ بَنُو وَلِيعَةَ، أَوْ لأَبْعَثَنَّ إِلَيْهِمْ رَجُلا كَنَفْسِي، يُنْفِذُ فِيهِمْ أَمْرِي، فَيَقْتُلَ الْمُقَاتِلَةُ، وَيَسْبِيَ الذُّرِّيَّةَ».فَمَا رَاعَنِي إِلا وَكَفُّ عُمَرَ فِي حُجْزَتِي مِنْ خَلْفِي: مَنْ يَعْنِي؟ فَقُلْتُ: مَا إِيَّاكَ يَعْنِي، وَلا صَاحِبَكَ، قَالَ: فَمَنْ يَعْنِي؟ قَالَ: خَاصِفُ النَّعْلِ، قَالَ: وَعَلِيٌّ يَخْصِفُ نَعْلاً.

Zaid bin Yuthaiʻ menukilkan daripada Abu Zar bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda: Bani Waliʻah perlu berhenti, atau aku utuskan kepada mereka seorang yang sama sepertiku, beliau akan melaksanakan perintahku di kalangan mereka, beliau akan memerangi orang yang berperang, menjadikan keluarga mereka sebagai tawanan. Aku tidak berpindah sehingga Umar, dan bukannya sahabatmu (Abu Bakar) memegang bajuku dari belakang dan bertanya: Siapakah yang dimaksud Rasulullah (s.a.w)? Aku menjawab: Maksud baginda bukanlah engkau, namun orang itu ialah yang sedang membaiki kasut, dan beliau ialah Ali.

Al-Nasa’i, Abu Abdul Rahman Ahmad bin Shuʻaib bin Ali (meninggal dunia pada tahun 303 Hijrah), Sunan al-Kubra, jilid 5 muka surat 127, hadis 8457, tahqiq Abdul Ghaffar Sulaiman al-Bandari, Sayyid Kisrawi Hasan, penerbit Dar al-Kutub al-ʻilmiyah, Beirut, cetakan pertama 1411 Hijrah - 1991 Miladi;Al-Nasa’i, Abu Abdul Rahman Ahmad bin Shuʻaib bin Ali (meninggal dunia pada tahun 303 Hijrah), Khasha’ish Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib, jilid 1 muka surat 89, hadis 72, tahqiq Ahmad Mirin al-Balushi, penerbit Maktabah al-Muʻalla - Kuwait, cetakan pertama, 1406 Hijrah.

Penelitian sanad riwayat:

Al-Abbas bin Muhammad:

Zahabi berkata tentang beliau:

عباس بن محمد الدوري أبو الفضل مولى بني هاشم عن حسين الجعفي وأبي داود وعنه الأربعة والأصم وابن البختري ثقة حافظ توفي 271 4الكاشف ج1 ص536، رقم: 2609

Abbas bin Muhammad al-Duri Abul Fadhl Maula Bani Hashim, daripada Husain al-Juʻfi, Abi Daud…. seorang yang tsiqah, hafiz meninggal dunia pada tahun 271 Hijrah.- Al-Kashif jilid 1 muka surat 536 nombor 2609

Ibnu Hajar berkata:

عباس بن محمد بن حاتم الدوري أبو الفضل البغدادي خوارزمي الأصل ثقة حافظ من الحادية عشرة مات سنة إحدى وسبعين وقد بلغ ثمانيا وثمانين سنة 4تقريب التهذيب ج1 ص294، رقم:3189

Abbas bin Muhammad bin Hatim al-Duri, Abul Fadhl al-Baghdadi Khawarizmi, seorang yang tsiqah, hafizTaqrib al-Tahzib, jilid 1 muka surat 294, nombor 3189

Al-Ahwash bin Jawwab:

Merupakan salah seorang perawi Sahih Muslim, Abu Daud, Tarmizi dan Nasa’i. Zahabi menulis tentang beliau sebagai berikut:

الأحوص بن جواب م س عن يونس بن أبي إسحاق وغيره صدوق.ذكر من تكلم فيه وهو موثق ج1 ص40، رقم: 24○

Al-Ahwash bin Jawwab yang menukilkan hadis daripada Yunus bin Abi Ishaq dan lain-lain lagi merupakan seorang yang sangat jujur.- Zikr Man Tukallam Fihi Wahuwa Muwathtsaq, jilid 1 muka surat 40, nombor 24

Ibnu Hajar berkata:

الأحوص بن جواب بفتح الجيم وتشديد الواو الضبي يكنى أبا الجواب كوفي صدوق ربما وهم من التاسعة مات سنة إحدى عشرة م د ت س.تقريب التهذيب ج1 ص96، رقم: 289

Ahwash bin Jawwab, dengan fathah huruf jim, syaddah waw, beliau adalah Aba al-Jawwab Kufi, seorang yang sangat jujur berbicara…- Taqrib al-Tahzib, jilid 1 muka surat 96, nombor 289

Yunus Abu Ishaq al-Subayʻi:

Beliau merupakan perawi hadis Sahih Muslim dan Sahih Sittah yang lain. Sebilangan ulama Ahlusunnah telah mendhaifkannya, namun Shamsuddin Zahabi tidak melihat sebarang kedhaifan pada dirinya. Berikut adalah tafsiran Zahabi di dalam kitab Zikr Man Tukallam fihi wahuwa Muwathtsaq:

يونس بن أبي إسحاق السبيعي م على ثقة قال أبو حاتم لا يحتج به وضعفه أحمدذكر من تكلم فيه وهو موثق ج1 ص204، رقم: 389

Yunus bin Abi Ishaq al-Subayʻi, seorang yang tsiqah, Abu Hatim berkata: Janganlah berhujjah dengannya dan Ahmad juga turut mendhaifkannya.- Zikr Man Tukallam Fihi Wahuwa Muawtthaq, jilid 1 muka surat 204, nombor 389

Begitu juga tafsiran perihal perawi ini dalam kitab al-Kashif:

يونس بن أبي إسحاق السبيعي عن ناجية بن كعب ومجاهد وعنه ابناه إسرائيل وعيسى والفريابي صدوق وثقه بن معين وقال أحمد حديثه مضطرب وقال أبو حاتم لا يحتج به مات 159 م 4.الكاشف ج2 ص402، رقم: 6463

Yunus bin Abi Ishaq al-Subaiʻi, mengambil hadis daripada Najiyyah bin Kaʻb dan Mujahid, anaknya, Isa dan al-Faryabi telah mengambil hadis daripadanya. Beliau seorang yang amat jujur berbicara dan seorang yang tsiqah. Ahmad berkata hadisnya Mudhtarib, Abu Hatim berkata: Jangalah berhujjah dengannya.- Al-Kashif, jilid 2 muka surat 402, nombor 6463

Ibnu Hajar al-ʻAsqalani menulis di dalam kitab Taqribul Tahzib:

يونس بن أبي إسحاق السبيعي أبو إسرائيل الكوفي صدوق يهم قليلا من الخامسة مات سنة اثنتين وخمسين على الصحيح ر م 4تقريب التهذيب ج1 ص613، رقم: 7899

Yunus bin Abi Ishaq al-Subayʻi, Abi Isra’il al-Kufi, seorang yang amat jujur berbicara, terdapat sedikit keraguan padanya.- Taqrib al-Tahzib, jilid 1 muka surat 613, nombor 7899

Apapun yang terjadi, beliau merupakan salah seorang perawi hadis Sahih Muslim. Yang ini pun cukup untuk menyabitkan ketsiqahannya sepertimana yang disebut oleh Ahmad bin Ali al-Isbahani di dalam kitab Rijal Sahih Muslim:

يونس بن أبي إسحاق السبيعي الهمداني الكوفي كنيته أبو إسرائيل السبيعي روى عن عبدالله بن أبي السفر في الجهاد روى عنه أبو المنذر إسماعيل.الإصبهاني، أبو بكر أحمد بن علي بن منجويه، رجال صحيح مسلم ج2 ص368، رقم: 1895، تحقيق: عبد الله الليثي، ناشر: دار المعرفة - بيروت، الطبعة: الأولى،  1407هـ

Yunus bin Abi Ishaq al-Subaiʻi al-Hamdani al-Kufi, gelarannya Abu Isra’il al-Subai’i, meriwayatkan hadis daripada Abdullah bin Abi Safar tentang Jihad, Abu Munzir Ismail mengambil hadis daripada beliau.- Al-Isbahani, Abu Bakar Ahmad bin Ali bin Manjawaih, Rijal Sahih Muslim, jilid 2 muka surat 368, nombor 1895. Tahqiq Abdullah al-Laysi, penerbit Dar al-Maʻarif, Beirut cetakan pertama, 1407 Hijrah.

Al-Bani yang menganut fahaman Wahabi juga turut mensahihkan hadis daripada Abi Ishaq; Misalannya pernyataan beliau mengenai Yunus bin Abi Ishaq, setelah menukilkan hadis dalam Irwa’ al-Ghalil beliau menulis:

أخرجه أحمد (6/185-1 86 ) من طريق يونس بن أبي اسحاق عنه. وهذا إسناد صحبح علي شرط مسلم.ألباني، محمد ناصر (متوفاى1420هـ)، إرواء الغليل في تخريج أحاديث منار السبيل، ج1، ص 237، تحقيق: إشراف: زهير الشاويش، ناشر: المكتب الإسلامي - بيروت - لبنان، الطبعة: الثانية، 1405 - 1985 م.

Riwayat  ini telah dinukilkan oleh Ahmad dari jalur Yunus bin Abi Ishaq, sementara sanadnya Sahih menurut syarat Muslim- Al-Bani Muhammad Nashir (meninggal dunia pada tahun 1420 Hijrah), Irwa’ al-Ghalil fi Takhrij Ahadith Manar al-Sabil, jilid 1 muka surat 237, tahqiq Ishraf: Zuhair al-Shawish, penerbit al-Maktab al-Islami Beirut, Lubnan, cetakan kedua, 1405 Hijrah - 1985 Miladi.

Di dalam kitab Sahih Abu Daud beliau menganggap riwayatnya adalah sahih menurut syarat al-Bukhari:

والحديث أخرجه أحمد (4/255) قال: ثنا وكيع: ئنا يونس بن أبي إسحاق:سمعته من الشعبي... وهذا إسناد صحيح على شرط الشيخين.ألباني، محمد ناصر (متوفاى1420هـ)، صحيح أبي داود، ج1، ص 259، ناشر: مؤسسة غراس للنشر والتوزيع ـ الكويت، الطبعة: الأولى، 1423 هـ ـ 2002 م

Hadis ini telah dinukilkan oleh Ahmad, daripada Wakiʻ, daripada Yunus bin Abi Ishaq, daripada Shaʻbi… Persanadan ini sahih menurut syarat al-Bukhari dan Muslim.- Al-Bani, Muhammad Nashir (Meninggal dunia pada tahun 1402 Hijrah), Sahih Abi Daud, jilid 1 muka surat 259, penerbit Yayasan Ghiras Linnashr wa Tawziʻ - Kuwait, cetakan pertama, 1423 Hijrah 2002 Miladi.

Terdapat sebuah riwayat yang dianggap Sahih meskipun bersanadkan dengan Yunus bin Abi Ishaq di dalam kitab Zilal al-Jannah:

 1063 - ( صحيح ) حدثنا أبو بكر ثنا وكيع عن يونس بن أبي اسحاق عن العيزار ابن حريث العبدي عن أم الحصين الأحمسية قالت سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم وعليه بردة متلفعا بها وهو يقول إن أمر عليكم عبد حبشي مجدع فاسمعوا له ما أقام بكم كتاب الله عز وجلألباني، محمد ناصر (متوفاى1420هـ)، ظلال الجنة، ج2، ص 250، ح1063، ناشر: المكتب الإسلامي – بيروت، الطبعة: الثالثة – 1413هـ ـ 1993م.

1063 - (Sahih)Diriwayatkan Abu Bakar, dicertakan kepada kami oleh Wakiʻ, Yunus bin Abi Ishaq, daripada al-ʻAizar ibnu Huraiz al-ʻAbdi, daripada Umm al-Hushain al-Ahmashiyyah yang berkata: Aku mendengar daripada Rasulullah (s.a.w) bersabda…Al-Bani, Muhammad Nashir (meninggal dunia pada tahun 1420 Hijrah) Zilal al-Jannah, jilid 2 muka surat 250, hadis 1063, penerbit al-Maktab al-Islami - Beirut, cetakan ketiga, tahun 1413 Hijrah - 1993 Miladi.

Oleh itu Yunus bin Abi Ishaq adalah seorang yang tsiqah, dan dapat dipercayai. Abu Ishaq al-Subaiʻi:

Beliau merupakan salah seorang daripada perawi Bukhari, Muslim dan Sahih Sittah yang lain. Zahabi berkata tentang beliau:

عمرو بن عبد الله أبو إسحاق الهمدا